Wednesday, May 2, 2007

Gambar-gambar lain di Pulau Tioman





Di Pulau Tioman

Suasana di Nora chalet dan Anjung Feri

Bercuti......... PULAU TIOMAN


Pada 30 april hingga 2 mei kami sekeluarga telah pergi ke pulau Tioman untuk bercuti, walau tidak semua ahli yang dapat melibatkan diri namun keceriaan tampak diwajah masing-masing.

Wednesday, January 31, 2007

Ayah dan Bonda

Ayah dan Bonda sedang mermehatikan kerenah dan gelagat anak cucu sewaktu aktiviti sukaneka.
Dihadapan terdapat hadiah yang bakal dimenangi

Sunday, January 28, 2007

KELUARGA SEMPURNA

Keluarga Sempurna ini telah diperkatakan kira-kira 3 (tiga) tahun yang lalu, ia telah diilhamkan oleh Abdul Wahab Aziz dan Rahimah Mohammad (ayah dan bonda). Namun Tabung Keluarga Sempurna ini telah menjadi kenyataan kira-kira 2(dua) tahun yang lalu, iaitu pada awal tahun 2005. Kini Sempurna telah mempunyai ahli seramai 36 orang. Keluarga Sempurna ini terdiri daripada 1 (satu) keluarga besar dan 8 (lapan) keluarga kecil. Semenjak dari penubuhannya Sempurna telah mengadakan Hari Keluarganya yang pertama iaitu pada penghujung tahun 2005. Sempurna mempunyai dana yang terkumpul hasil daripada yuran yang diberi atau disumbangkan oleh setiap keluarga dengan jumlah RM 10.00 sebulan, sebahagian daripada dana terkumpul dilaburkan di dalam saham (indeks) bagi mermperolehi keuntungan secara bulanan dan kini dana tersebut telah terkumpul lebih dari RM 2000.00.

IMBASAN HARI KELUARGA SEMPURNA 2005


Pada tahun 2005 Sempurna telah mengadakan satu Hari Keluarga yang pertama iaitu pada 17/12/2005 hingga 19/12/2005 bertempat di SRI PENA RESORT, PORT DICKSON. Disepanjang tarikh tersebut Sermpurna telah menyediakan pelbagai aktiviti bagi memenuhi masa disana. Diantara aktiviti yang diadakan ialah acara sukaneka dan juga pingpong.
Berikut adalah pecahan aktiviti sukaneka yang berlansung :-

Lari dalam guni - Juara : Fikri & Maira
N.Juara : Akil & Dini

Cari duit dalam tepong - Juara : Dini
N.Juara : Iman

Lari berpasangan - Juara : Dini/Alia
N.Juara : Nur/Maira

Lumba jalan itik - Juara : Fikri
N.Juara : Syanis

Lompat katak - Juara : Nur
N.Juara : Ajik (import)

Tiup belon sampai pecah - Juara : Hani
N.Juara : Idha

Bawa belon air - Juara : Syanis & Alia
N.Juara : Akil & Dini

Isi air dalam botol - Juara : Ira
N.Juara : Hani

Misteri - Juara : Ira
N.Juara : Iman