Sunday, January 28, 2007

KELUARGA SEMPURNA

Keluarga Sempurna ini telah diperkatakan kira-kira 3 (tiga) tahun yang lalu, ia telah diilhamkan oleh Abdul Wahab Aziz dan Rahimah Mohammad (ayah dan bonda). Namun Tabung Keluarga Sempurna ini telah menjadi kenyataan kira-kira 2(dua) tahun yang lalu, iaitu pada awal tahun 2005. Kini Sempurna telah mempunyai ahli seramai 36 orang. Keluarga Sempurna ini terdiri daripada 1 (satu) keluarga besar dan 8 (lapan) keluarga kecil. Semenjak dari penubuhannya Sempurna telah mengadakan Hari Keluarganya yang pertama iaitu pada penghujung tahun 2005. Sempurna mempunyai dana yang terkumpul hasil daripada yuran yang diberi atau disumbangkan oleh setiap keluarga dengan jumlah RM 10.00 sebulan, sebahagian daripada dana terkumpul dilaburkan di dalam saham (indeks) bagi mermperolehi keuntungan secara bulanan dan kini dana tersebut telah terkumpul lebih dari RM 2000.00.

No comments: